Jun 15, 2009

Cikgu Yang Belajar

Hari pertama selepas kami bercuti panjang (2 minggu tu panjang ke?? ;P)

Panjanglah jugak ^_^

Masing-masing sibuk bercerita tentang cuti, dan saya pilih topik PJKN.

----------

Oleh kerana 'diserang' sakit perut yang amat tadi, mood saya jadi tersangat baik. Bukan baik apa. Cuma, saya terbawa-bawa sikap di PJKN ke sekolah.

Akur, saya rindukan peserta-peserta PJKN. Langsung, anak didik di depan mata umpama kenangan-kenangan yang membuahkan rindu.


Hari ni ton suara saya di tahap lunak dan penuh kasih sayang (hahahahaha)

Takda jeritan. Takda suara keras-keras [walaupun kelas agak hingar-bingar mulanya]

Saya panggil anak murid seorang demi seorang. Sambil memulangkan kertas peperiksaan, saya nasihatkan mereka terutamanya yang gagal.

Sebutir, dua butir kata peransang untuk memotivasikan mereka.

Ada yang bergenang air mata...

"Saya percayakan kamu, kamu tahu kan??"

--------------

Sepanjang hari di sekolah saya teringatkan perkara di kelas.

Kesimpulan??

Sebenarnya sentuhan kelembutan lebih hebat dari sepak terajang dan denda dalam dunia pendidikan. Ia, ais boleh menjadi air. Kerak boleh juga dilembutkan.

[banyak guru jadi garang sebab anak murid mencabar dengan kenakalan mereka. Guru bukan tak mahu berlembut, tapi anak murid suka ambil kesempatan bila guru baik dengan mereka]

---------------

Dan, kesabaran adalah sebuah tuntutan yang amat perlu saat itu.

Saat itulah, saya kembali diingatkan tentang modus operandi dakwah Baginda Rasullullah pada sekalian umat. Berhikmah, dengan teladan, lemah lembut dan penuh kasih sayang.

Tuntas, banyak lagi perlu diteroka dalam dunia seorang cikgu (kan?)

Betul.

No comments: